Fahami misi & kuasai seni 'prompting' untuk membina game anda!
Misi: Bina semula game Snake. Pemain mengawal 'ular' untuk makan 'kopi'. Setiap kali makan, ular memanjang dan skor meningkat. Permainan tamat jika ular melanggar dinding atau badannya sendiri.
Kunci Prompt Berkesan:
- Peranan: "Bertindak sebagai pembangun game web."
- Tugasan: "Tulis kod lengkap untuk permainan 'Snake'."
- Teknologi: "Gunakan HTML, CSS, dan JavaScript."
- Ciri-ciri Utama: "Perlu ada grid 20x20, ular dikawal guna Arrow Keys, skor, dan logik tamat permainan."
- Bonus: "Letakkan komen terperinci dalam kod JavaScript untuk menjelaskan setiap fungsi."
Misi: Cipta game ala Arkanoid. Pemain mengawal papan (paddle) untuk melantunkan bola bagi memecahkan barisan bata di atas. Halang bola dari jatuh ke bawah.
Kunci Prompt Berkesan:
- Peranan: "Bertindak sebagai pakar fizik game JavaScript."
- Tugasan: "Bina game 'Brick Breaker' dari kosong."
- Teknologi: "Gunakan HTML Canvas, CSS, dan JavaScript."
- Ciri-ciri Utama: "Paddle bergerak ikut tetikus, bola melantun dengan betul, bata hilang bila dilanggar, dan ada sistem skor."
- Bonus: "Pastikan bola bertambah laju setiap kali ia melantun dari paddle."
Misi: Bina game tembak-menembak ala Space Invaders. Pemain menembak musuh yang bergerak dari atas. Tembak semua musuh sebelum mereka sampai ke bawah.
Kunci Prompt Berkesan:
- Peranan: "Bertindak sebagai pembangun game arked retro."
- Tugasan: "Cipta klon 'Space Invaders' yang ringkas."
- Teknologi: "Gunakan HTML, CSS, dan JavaScript."
- Ciri-ciri Utama: "Kapal pemain bergerak kiri-kanan, boleh menembak guna 'Spacebar', sekumpulan musuh bergerak serentak, dan ada pengesanan perlanggaran."
- Bonus: "Tambah bunyi 'pew-pew' ringkas apabila pemain menembak."
Misi: Cipta game Pong. Dua pemain mengawal papan (paddle) untuk memukul bola melepasi lawan. Mata diberikan apabila lawan gagal membalas pukulan.
Kunci Prompt Berkesan:
- Peranan: "Anda adalah seorang guru pengaturcaraan."
- Tugasan: "Tulis kod untuk game 'Pong' paling asas untuk pemula."
- Teknologi: "Gunakan hanya HTML dan JavaScript."
- Ciri-ciri Utama: "Dua paddle (satu dikawal oleh pemain, satu oleh AI ringkas), bola melantun, dan sistem skor."
- Bonus: "Jelaskan logik AI untuk paddle komputer dalam komen kod."
Misi: Bina versi ringkas Pac-Man. Pemain makan semua 'dot' dalam maze sambil mengelak daripada ditangkap oleh hantu.
Kunci Prompt Berkesan:
- Peranan: "Bertindak sebagai pereka game maze."
- Tugasan: "Bina game seperti 'Pac-Man' dalam grid."
- Teknologi: "Gunakan JavaScript untuk mengurus logik grid dan pergerakan."
- Ciri-ciri Utama: "Pemain bergerak dalam maze, tidak boleh menembusi dinding, ada 'dot' untuk dikutip, dan ada hantu yang bergerak secara rawak."
- Bonus: "Cipta satu 'power-up' yang membolehkan pemain makan hantu untuk seketika."
Misi: Cipta klon Tetris. Blok berbeza jatuh dari atas. Pemain menyusun blok untuk membentuk barisan lengkap, yang kemudiannya akan hilang dan memberi mata.
Kunci Prompt Berkesan:
- Peranan: "Anda adalah pakar dalam logik array dan matriks."
- Tugasan: "Tulis kod JavaScript untuk game 'Tetris'."
- Teknologi: "Gunakan HTML Canvas untuk paparan visual."
- Ciri-ciri Utama: "Blok jatuh, pemain boleh gerak kiri-kanan dan putar blok, barisan lengkap akan hilang, dan skor dikira."
- Bonus: "Terangkan bagaimana anda mewakili bentuk-bentuk blok (tetrominoes) menggunakan array dalam komen kod."
Misi: Inspirasi dari Frogger. Pemain mengawal 'kancil' melintas jalan raya yang sibuk. Elak dari dilanggar kereta untuk sampai ke seberang.
Kunci Prompt Berkesan:
- Peranan: "Bertindak sebagai pereka game trafik."
- Tugasan: "Cipta game 'Frogger' versi Malaysia."
- Teknologi: "Gunakan HTML, CSS, dan JavaScript."
- Ciri-ciri Utama: "Watak 'kancil' bergerak guna Arrow Keys, ada beberapa lorong dengan kereta bergerak pada kelajuan berbeza, dan ada logik menang/kalah."
- Bonus: "Gantikan imej kereta dengan emoji 🚗 dan kancil dengan emoji 🦌."
Misi: Diinspirasikan oleh Asteroids. Pemain mengawal kapal angkasa yang boleh berputar dan menembak. Tembak meteor untuk memecahkannya menjadi kepingan yang lebih kecil.
Kunci Prompt Berkesan:
- Peranan: "Anda adalah jurutera aeronautik yang juga seorang coder."
- Tugasan: "Bina game 'Asteroids' dengan fizik pergerakan."
- Teknologi: "Gunakan HTML Canvas dan JavaScript."
- Ciri-ciri Utama: "Kapal boleh berputar, bergerak ke hadapan (thrust), menembak, dan meteor pecah kepada dua yang lebih kecil bila ditembak."
- Bonus: "Jelaskan bagaimana anda menguruskan fizik pergerakan kapal (momentum) dalam komen."
Misi: Bina klon Flappy Bird. Pemain menekan satu butang untuk membuat burung 'terbang' ke atas, mengemudi melalui halangan paip tanpa melanggarnya.
Kunci Prompt Berkesan:
- Peranan: "Bertindak sebagai pembangun game mobile yang viral."
- Tugasan: "Tulis kod untuk game seperti 'Flappy Bird'."
- Teknologi: "Gunakan HTML, CSS, dan JavaScript."
- Ciri-ciri Utama: "Ada graviti yang menarik burung ke bawah, pemain boleh 'lompat' dengan klik atau tekan spacebar, paip bergerak dari kanan ke kiri, dan ada pengesanan perlanggaran."
- Bonus: "Tambah paparan skor yang meningkat setiap kali berjaya melepasi satu paip."
Misi: Seperti Doodle Jump. Watak pemain sentiasa melompat. Pemain mengawal pergerakan kiri-kanan untuk mendarat di platform dan mencapai ketinggian setinggi mungkin.
Kunci Prompt Berkesan:
- Peranan: "Anda adalah pakar dalam game 'endless runner'."
- Tugasan: "Bina game 'vertical platformer' yang ringkas."
- Teknologi: "Gunakan HTML Canvas dan JavaScript."
- Ciri-ciri Utama: "Watak melompat secara automatik bila sentuh platform, pemain kawal pergerakan kiri-kanan, platform dijana secara rawak, dan skrin 'scroll' ke atas mengikut pemain."
- Bonus: "Tambah beberapa jenis platform, contohnya platform yang pecah selepas dipijak."